Saturday, October 2, 2010

Mulut Tersenyum Hatiku Menangis.....saya hanya perlukan insan bergelar Sahabat Sejati...

Siapa mahu menjadi sahabat sejati saya??

Kadang-kadang, bila kita hidup di dunia ini dgn terlalu ramai kawan padahal mereka itu semua hanya mendekati kita kerana kesenangan yang hadir bersama di sisi. Sebaliknya, jika aku betul-betul memerlukan pertolongan daripada mereka.....aku hanya mampu mendiamkan diri sbg isyarat bahawa aku tak mahu mengheret kawan-kawanku ke dalam masalah yg sedang aku lalui tika ini.....Sedarlah, aku memerlukan kalian semua...kadang-kadang aku terlalu cemburu dgn kalian...aku tidak tahu mengapa perlu wujud perasaan cemburu itu terhadap kalian, sebenarnya aku terlalu syg kalian semua....! Ketahuilah, jika di daloam hatiku pernah terlintas utk membenci perbuatan kamu semua...padahal dr sudut lain mengatakan yg aku perlu sayang kamu semua.......aku syg kawan2 ku...! insyaAllah, kalian adalah org2 yg bertuah kerana aku dpt menemui kalian........

dedicated to all my friends
by 
Andromedi@ Gal@xy... (02/10/2010)

Monday, August 16, 2010

Di ZAMan KAnaK-KanAKku......TERingat LAgi.........................

aku masih teringat masa aku menjadi kanak-kanak....orang yang paling aku rindu ialah ayahku...kenapa ayah?? ayahku seorang yang penyanyang, baik, suka bersabar, dan everything yang baik2..hehe...aku anggap ayah sbg HERO aku...

kalau ayah nak balik kampung, mesti aku dan sisters2 ku akan offer diri untuk ikut balik sama ayah...time ayah seda stereng dan memendng memendu kereta, ayah mesti memangku di riba ayah supaya kami dpt memegang dan mendu bersama sama ayah....best sgt  time nih...

pernah suatu ketika time adik kena chicken-pox, aku sering mendekati adik ku yg sakit..kata akak jgn dekat sgt dgn adik, nnti boleh terjaangkit penyakit tu..tp aku buat tak tau je..tetap nk dekat dgn adik,, aku suapkan adik sup yg mak masak...dlm beberapa hr kemudian..aku juga terjangkit dgn penyakit chicken-pox tu...igt cuma chicken -pox je tp plus dgn penyakit demam campak..Ya ALLAH...menggerutu betul muka time tuh..gatal2 satu badan....dlm aku terjangkit penyakit tu, ayah pun mendapat penyakit yg sama dgn aku...makna kata adik, aku dan ayah mengalami penyakit yg sama dlm masa yg sama juga...walaupun ayah mendapat penyakit tu dlm umur yg meningkat berbandung aku dgn adik, tp ayah tetap sabar....

perkara yang kan aku ingat sampai bila2..sampai hujung nyawaku ialah time aku dapat sambung belajar di UPSI, Perak...time tu ayah dgn keluarga sibuk nk hantar aku ke sini...selepas proses pendaftaran selesai, kami sempat ke pekan utk membeli brg2 keperluan ku.....seusai itu, tibalah saat2 yang ,menakutkan, menyedihkan buat ku....sebelum family bertolek pulang, ayah sanggup menghantarku ke rumah di aras 8...bayangkan ayah lebih rela menggunakan tangga utk menganggkat beg bagasi ku yg berat tu..ayah menghantarku betul2 ke dalam bilik... lps tu ayah pun terpaksa pulang..time tu mmg sedih..seminggu di rumah, mak kata ayah selalu termenung dan teringat aku..terutamanya time nak solat...ayah selalu perhatikan selipar yg aku pakai utk ke bilik solat...mak kata ayah rasa sedih, sbb aku dh tak ada kat depan mata ayah...bila mak ckp mcm tu tetiba je aku mcm nk nangis..aku selalu solat dgn ayah...tp bila dh belajar jauh2 ni, susah skit nk solat berjamaah dgn ayah..huhuhu...rindu ayah sangat2...ayah mmg penyabar...tp ayah pun sporting jgk....peribadi ayah mmg sgt2 humble...ayah kat rumah berbeza sgt dgn ayah kat tempat kerja...rina rindu zaman kecik2 dulu sbb rina byk masa dekat dgn ayah...rina risau sgt2 bila ayah dah tua,, dh capai umur 50 tahun ke atas...bila jumpa ayah je mesti ayah selalu usap kepala banyak kali....terharu rina bila ayah buat cm tu...na teringat lagi bila mak cakap senyap2 pada na...masa na ambk result SPM 08..ayah sempat telefon mak sambil menangis....na mcm tak percaya...sbb ayah memang tak menangis kat rumah....terima kasih mak sbb bagi tahu na.....SAYANG MAK DENGAN AYAH!!!

Monday, July 26, 2010

Ada apa dengan namaku..??

Tanggal 12 November jam 1.18 pagi, aku selamat dilahirkan oleh Puan Kamsiah binti Shohod @ Hj Yusop. Dengan beratku kira2 3.40 kg, aku diberi nama oleh En. Md Ali bin Mohamad dan isterinya yang tercinta Puan Kamsiah binti Shohod @ Hj. Yusop dgn nama Nurul Azri Arinah binti Md Ali...(ramai yg tk caye namaku seakan akan lelaki..hihi) 

Nurul bermaksud Cahaya...
Azri bermaksud Kekuatanku atau Penyokongku
Arinah pula bermaksud Yang Cergas, Yang Giat...

Pernah satu hr aku bertanya kpd emak, 
Aku   : Mak..mak..kenapa mak pilih nama Azri sbg nama Rina (nama panggilanku di rumah)..??
Emak : Sbb...mak ingatkan kalau rina dh besar nanti, boleh jd aktif dalam sukan......
Aku   : ????? (dlm hati aku terasa seperti sesuatu yg melawakkan)....
Emak : Tp, skrg bila rina dh besar, rina tak aktif sukan pun....
Aku   :Hehehe...rina mmg tak aktif sukan pun, tp kan mak...na mmg minat tgok sukan, tgok bolasepak dll
          lah...na rasa  ni mesti na waris hobi mak masa mak mude2 dulu..hihihi kan mak.?? tp sayang, masa 
          zaman mak mude2 dulu mak minat sgt dgn sukan kan..?? tp na cume minat tgok sukan je..tp skrg ni na 
          dh mule suka kan sukan.. =)
Emak : (mak pun tersenyum mendengar jawapan dr ku).....
Aku   : (puasnya dh dpt tahu sejarah disebalik pemilihan nama yang dipilih oleh ayah dn emak).....best2....

Alhamdulillah...akhirnya aku mempunyai jua kakak2 dn adik2ku.....
Kakak yg sulung diberi nama Nurul Akma binti Md Ali
Kakak yg kedua diberi nama Nurul Ashikin binti Md Ali
Aku anak yg ketiga....
Adikku yg keempat diberi nama Nurul Amalina binti Md Ali
Dan adikku yg paling bongsu diberi nama Intan Farzana binti Md Ali..

Alhamdulillah kesemua adik-beradikku merupakan anak perempuan....aku berasa bersyukur sgt kerana Allah mengurniakan kami bidadari-bidadari kpd ayah dn emak.....insyaAllah klu diizinkan Allah..teringin sgt nk balas jasa mereka berdua....tunggu saja bila masa itu tiba....insyaAllah..... =)

Sunday, July 25, 2010

Merahsiakan Ilmu..?? Adakah sikap ini benar-benar berguna buat manusia..??

Merahsiakan Ilmu
Ertinya:
  "Dari Abu Hurairah ia berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu, tetapi ia menyembunyikannya, maka ia akan diberi kendali dari api neraka pada hari kiamat kelak."
(HR.Abu Dawud dan Tirmizi dan ia hasankan. Dan diriwayatkan pula oleh Ibnu Majah dan Baihaqi dan disahkan oleh Ibnu Hiban dan Hakim)

   Dalam salah satu riwayat Ibnu Majah dikatakan: "Tiada seseorang yang menghafal suatu ilmu, lalu ia menyembunyikannya melainkan pasti pada hari kiamat kelak ia akan diberi kendali dari kendali api neraka."
(Sumber: Buku Terbitan Darul Nu'man; 170 Amalan Yang Ditolak; oleh Muhammad Thalib)

Pengajaran:
Sebagai seorang manusia, kita hendaklah saling membantu walau dengan apa cara sekalipun. Dengan amalan saling bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu ilmu, nescaya integriti sesebuah institusi itu pasti akan bertambah maju. Walaubagaimanapun, sesuatu ilmu yang ingin dikongsikan bersama perlulah sesuatu ilmu yang memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain. Ketahuilah, bahawa dengan ilmu yang dikongsikan bersama, pasti kita akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Selamat beramal buat anda semua.. =)

Adakah aku menghidap penyakit OCD..??

Buat perkongsian anda semua, saya mula mengenali OCD disease ini ketika menonton rancangan bual bicara Oprah Winfrey Show, di mana para penghidap ini mengalami sejenis penyakit mental...(rileks dulu..ini bukan penyakit gila, tp kalau sudah melarat....)

Sebagai manusia biasa, aku tidak pernah terlepas daripada dugaan dan cabaran yang diberikan oleh Allah, sehinggalah aku menerima penyakit ini....Walaupun aku tidak pernah berjumpa dengan doktor pakar mengenai penyakit ku ini, namun aku tahu yang aku merupakan salah seorang penghidap penyakit OCD ini.....Buat pengetahuan umum, hanya aku sahaja dalam kalangan keluargaku yang mengalami simptom penyakit ini.....

Penyakit ini sering kali mengganggu kehidupan harianku...walaupun begitu, aku sebagai manusia yang lemah lagi hina...aku tetap memanjatkan kesyukuran di atas ujian Allah ini......aku berterima kasih kepada Allah yang Maha Pemberi Nikmat.....

Kepada sesiapa yang serupa dengan nasibku ini, hanya kata-kata semangat yang mampu aku berikan buat kalian, bersyukurlah di atas nikmat penyakit yang Allah berikan ini, kerana Allah mendatangkan penyakit ini sebagai dugaan buat insan yang terpilih untuk menanggung rasa keperitannya, juga disebalik dygaan ini akan mendekatkan kita dengan Allah Yang Maha Esa......insyaAllah kita akan sama-sama menempuh hari yang bakal tiba dengan lebih bersemangat...jangan pernah putus asa dengan penyakit ini.......insyaAllah pasti satu hari nanti kita akan diberikan peluang oleh Allah untuk menjalani kehidupan sebagai manusia biasa...amiinn....

Saturday, January 9, 2010