Sunday, July 25, 2010

Merahsiakan Ilmu..?? Adakah sikap ini benar-benar berguna buat manusia..??

Merahsiakan Ilmu
Ertinya:
  "Dari Abu Hurairah ia berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu, tetapi ia menyembunyikannya, maka ia akan diberi kendali dari api neraka pada hari kiamat kelak."
(HR.Abu Dawud dan Tirmizi dan ia hasankan. Dan diriwayatkan pula oleh Ibnu Majah dan Baihaqi dan disahkan oleh Ibnu Hiban dan Hakim)

   Dalam salah satu riwayat Ibnu Majah dikatakan: "Tiada seseorang yang menghafal suatu ilmu, lalu ia menyembunyikannya melainkan pasti pada hari kiamat kelak ia akan diberi kendali dari kendali api neraka."
(Sumber: Buku Terbitan Darul Nu'man; 170 Amalan Yang Ditolak; oleh Muhammad Thalib)

Pengajaran:
Sebagai seorang manusia, kita hendaklah saling membantu walau dengan apa cara sekalipun. Dengan amalan saling bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu ilmu, nescaya integriti sesebuah institusi itu pasti akan bertambah maju. Walaubagaimanapun, sesuatu ilmu yang ingin dikongsikan bersama perlulah sesuatu ilmu yang memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain. Ketahuilah, bahawa dengan ilmu yang dikongsikan bersama, pasti kita akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Selamat beramal buat anda semua.. =)

No comments:

Post a Comment