Sunday, July 25, 2010

Adakah aku menghidap penyakit OCD..??

Buat perkongsian anda semua, saya mula mengenali OCD disease ini ketika menonton rancangan bual bicara Oprah Winfrey Show, di mana para penghidap ini mengalami sejenis penyakit mental...(rileks dulu..ini bukan penyakit gila, tp kalau sudah melarat....)

Sebagai manusia biasa, aku tidak pernah terlepas daripada dugaan dan cabaran yang diberikan oleh Allah, sehinggalah aku menerima penyakit ini....Walaupun aku tidak pernah berjumpa dengan doktor pakar mengenai penyakit ku ini, namun aku tahu yang aku merupakan salah seorang penghidap penyakit OCD ini.....Buat pengetahuan umum, hanya aku sahaja dalam kalangan keluargaku yang mengalami simptom penyakit ini.....

Penyakit ini sering kali mengganggu kehidupan harianku...walaupun begitu, aku sebagai manusia yang lemah lagi hina...aku tetap memanjatkan kesyukuran di atas ujian Allah ini......aku berterima kasih kepada Allah yang Maha Pemberi Nikmat.....

Kepada sesiapa yang serupa dengan nasibku ini, hanya kata-kata semangat yang mampu aku berikan buat kalian, bersyukurlah di atas nikmat penyakit yang Allah berikan ini, kerana Allah mendatangkan penyakit ini sebagai dugaan buat insan yang terpilih untuk menanggung rasa keperitannya, juga disebalik dygaan ini akan mendekatkan kita dengan Allah Yang Maha Esa......insyaAllah kita akan sama-sama menempuh hari yang bakal tiba dengan lebih bersemangat...jangan pernah putus asa dengan penyakit ini.......insyaAllah pasti satu hari nanti kita akan diberikan peluang oleh Allah untuk menjalani kehidupan sebagai manusia biasa...amiinn....

No comments:

Post a Comment